Makanan Sunnah dan Supplement Untuk Ibu Mengandung / Hamil
Assalamualaikum.. Pada hari ini saya nak share tentang
makanan tambahan yang sesuai diambil ketika hamil. Antaranya ialah makanan
sunnah seperti madu, minyak zaitun, habatus sauda, buah delima, kurma, kismis, susu
kambing, minyak kelapa dara, buah kelapa (air dan isi).
Kurma
![]() |
Kurma |
Madu pula boleh menambahkan tenaga untuk ketahan diri
semasa mengandung. Mencegah dari berbagai penyakit seperti diabetes,
hypertension, urinary tract infection (UTI), asthma, batuk selsema dan
lain-lain.Bagi bayi dalam kandungan pula, kandungan zat galian dalam madu boleh
membantu membina dan menguatkan janin. Kulit yang bersih dan sihat, membantu
secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin. Madu juga dapat
menghindarkan bayi daripada terkena Hepatitis B.
Minyak zaitun dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit
kanser dan sakit jantung. Ia juga merupakan sejenis antioksida dan digunakan
sebagai produk kecantikan sejak berkurun lamanya. Dari Abi Asaid bin
Tsabit bahawa Rasulullah bersabda, ” Makanlah minyak zaitun dan gunakanlah ia
sebagai minyak. Sungguh, ia berasal dari pokok yang diberkati.” (HR.
At-Tirmidzi. Hadis hasan li ghairihi).
Minyak kelapa dara, telah menunjukkan apabila minyak kelapa
dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid
dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda!Pengambilan minyak kelapa
dara pada peringkat awal kehamilan membantu mengurangkan ‘morning sickness’
atau alahan yang teruk. Minyak kelapa dara juga, berupaya memperbaiki kandungan asid di dalam
rahim dan mengimbangi paras hormon wanita yang sentiasa berubah-ubah.
Selain itu ia juga dapat mengurangkan sembelit/buasir kerana ia memperbaiki sistem penghadaman dan pencernaan.Boleh disapu pada perut, peha dan punggung untuk mengelakkan kesan regangan (strechmark). Lakukan ia secara rutin bermula pada pertengahan usia kehamilan. Sapu juga pada betis dan kaki bagi mengelakkan kekejangan dan rasa tegang. Minyak kelapa dara juga boleh disapu dan urut pada kawasan perineum supaya kawasan tersebut lembap dan lembut, juga diminum beberapa minggu sebelum melahirkan. Ia sebagai persediaan memudahkan proses bersalin serta mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (pramatang).
Selain itu ia juga dapat mengurangkan sembelit/buasir kerana ia memperbaiki sistem penghadaman dan pencernaan.Boleh disapu pada perut, peha dan punggung untuk mengelakkan kesan regangan (strechmark). Lakukan ia secara rutin bermula pada pertengahan usia kehamilan. Sapu juga pada betis dan kaki bagi mengelakkan kekejangan dan rasa tegang. Minyak kelapa dara juga boleh disapu dan urut pada kawasan perineum supaya kawasan tersebut lembap dan lembut, juga diminum beberapa minggu sebelum melahirkan. Ia sebagai persediaan memudahkan proses bersalin serta mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (pramatang).
Buah Delima
![]() |
Pati Buah Delima |
Pati buah delima ini, dapat membantu mengurangkan risiko bayi
dalam kandungan mengalami kerosakan otak disebabkan oleh kadar pengaliran
oksigen yang rendah dalam darah. Ia juga merupakan salah satu sumber asid folik
yang diperlukan kandungan.
Habbatus Sauda
Habbatus sauda, dikatakan sangat bagus untuk sistem imum
badan, membekalkan tenaga kerana cirinya anti bakteria, anti virus, anti
histamin, anti fungus, anti oksidan serta membantu mengatasi pelbagai penyakit
seperti alahan, asma, bronkitis, eczema dan batuk. Ia juga dikatakan
mampu memperbanyak air susu ibu. Selain itu, ia bagus untuk mengawal kolestorol
dan kadar gula. Habbatussauda mengandungi omega 3, 6 dan 9 yang membantu
pertumbuhan bayi. Ia mengandungi kalsium yang sememangnya amat diperlukan untuk
wanita hamil dan mengandugi asid lemak tambahan yang diperlukan untuk
perkembangan otak bayi. Ia juga akan membantu pengeluaran susu ibu selepas
kelahiran anak.
Kismis mempunyai pelbagai khasiat, antaranya mengurangkan
keradangan, mencegah penyakit nyanyuk, melancarkan perjalanan darah dan
membersihkan perut.
Susu kambing
![]() |
Susu Kambing |
Buah kelapa (air dan isi)
![]() |
Buah kelapa (air & isi) |
Mencegah daripada "Heartburn". Sifat air
kelapa muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel
tubuh, membantu membaiki simptom-simptom heartburn ke tahap yang lebih selesa
kepada ibu hamil yang meminumnya. Selai n itu ianya mencegah kekejangan. Wanita
yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem
kaki. Amalam meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan
keperluan zat kalium sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/krem pada
kaki.
Set Shaklee lengkap untuk ibu mengandung / hamil
Selain mengamalkan beberapa makanan sunnah seperti di atas, saya juga mengamalkan makanan tambahan (supplement) Set Ibu Hamil Shaklee untuk membantu menambahkan dan melengkapkan khasiat yang diperlukan untuk ibu dan bayi dalam kandungan saya sepanjang tempoh kehamilan. Semenjak mengamalkannya saya rasa bertenaga dan tidak lesu lagi. Saya juga mampu untuk berpuasa di waktu hamil. Ianya juga sesuai untuk ibu hamil yang bekerja mencari rezeki mahupun ibu hamil yang menjadi suri rumah.
Lagi info berkenaan Set Shakelee Lengkap Untuk Ibu Mengandung / Hamil (KLIK SINI)
Set Shakelee lengkap untuk ibu mengandung / hamil |
Di harap entry kali ini dapat memberi info dan membantu ibu-ibu untuk mendapatkan makanan tambahan yang sihat. Jumpa lagi. Assalamualaikum...
MENARIK DI BLOG SAYA:
- DIARI SITI RUQAIYAH 313
- NUTRISI UNTUK IBU
No comments:
Post a Comment