Tuesday, April 21, 2015

Set Shakele Lengkap Untuk Ibu Mengandung / Hamil

Set Shaklee lengkap untuk ibu mengandung / hamil

Assalamualaikum. pada hari ini saya ingin berkongsi tentang makanan tambahan yang saya amalkan di waktu kehamilan.

Selain mengamalkan beberapa makanan sunnah & supplement seperti entry saya yang lepas, saya juga mengamalkan makanan tambahan (supplement) Set Ibu Hamil Shaklee untuk membantu menambahkan dan melengkapkan khasiat yang diperlukan untuk ibu dan bayi dalam kandungan saya sepanjang tempoh kehamilan. Semenjak mengamalkannya saya rasa bertenaga dan tidak lesu lagi. Saya juga mampu untuk berpuasa di waktu hamil. Ianya juga sesuai untuk ibu hamil yang bekerja mencari rezeki mahupun ibu hamil yang menjadi suri rumah.

Set Shakelee lengkap untuk ibu mengandung / hamil

1) Ostematrix (Calcium & Magnesium)

Ostematrix (Calcium & Magnesium)
Kalsium adalah di antara komposisi mineral yang tinggi dalam susu ibu. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
Ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu berkurangan ketika period.


2) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)

Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
Vitalea merupakan multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi. Jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.


3) Sustained Release Vita-C

Vita-C
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
Membantu Penyerapan Iron – kalau tak cukup Vitamin C, makan Iron  dalam kuantiti yang banyak pun, badan tak dapat menyerapnya.


4) B-Complex

B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.


5) OmegaGuard (EPA & DHA)

OmegaGuard (EPA & DHA)
DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada :
  • Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
  • Perkembangan bayi yang sihat
  • Pencegahan baby dari mendapat jaundice.
Perkembangan Otak Bayi
Perkembangan Otak Bayi dalam kandungan amat memerlukan nutrisi ibu yang baik
Keberkesanan Set Mengandung Shaklee dalam menangani dan membantu mengatasi masalah lazim Ibu Hamil terbukti melallui pelbagai sharing dan perkongsian dari ibu-ibu Hamil yang telah menggunakannya.
Salah satunya ada;ah sharing berikut di mana ibu yang anemia ini berjaya mengatasi maslah Anemia semasa Hamil dengan ikhtiar Shaklee.



6) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)

Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
Protein merupakan komposisi utama dalam susu ibu. Protein adalah makanan sel dan ianya berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu, protein membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.



Cadangan & Bagaimana untuk ibu-ibu hamil mendapatkan set makanan Shakelee seperti saya?

Di sini saya sertakan senarai harga dan cadangan pemakanan set makanan tambahan Shakelee untuk ibu hamil.


Harga Runcit
Untuk Kehamilan Trimester pertama

Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
120 tablets (sehari satu tablet - habis 4bulan)
RM  94.08
Sustained Release Vita-C
180 tablets (sehari satu tablet - habis 6bulan)
RM  98.05
B-Complex - RM56.98
120 tablets (sehari satu tablet - habis 4bulan)
RM  56.98
Ostematrix (Calcium & Magnesium)
120 tablets (sehari 4 tablet - habis 1bulan)
RM  64.66
TOTAL
RM 313.77


Untuk Kehamilan Trimester ke-2 dan ke-3 (terakhir), set Trimester pertama ditambah dengan:

OmegaGuard (EPA & DHA)
90 capsules (sehari satu capsule - habis 3bulan)
RM 144.16
Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
850g (habis 3-4bulan)
RM 159.00
TOTAL
RM 303.16


TOTAL SET LENGKAP TRIMESTER 1, 2 & 3
RM 616.93





"Sekiranya puan tidak mempunyai budget yang mencukupi, kami akan mencadangkan set minimum yang sesuai dengan budget puan. Insya Allah, diskaun pun boleh diberikan mengikut item pembelian".



Hubungi saya Siti Ruqaiyah untuk nasihat/consultation dan pembelian +60147380367 (Call/Whatsapp)
  


MENARIK DI BLOG SAYA:
- DIARI SITI RUQAIYAH 313
- NUTRISI UNTUK IBU

Makanan Sunnah dan Supplement Untuk Ibu Mengandung / Hamil

Makanan Sunnah dan Supplement Untuk Ibu Mengandung / Hamil


Assalamualaikum.. Pada hari ini saya nak share tentang makanan tambahan yang sesuai diambil ketika hamil. Antaranya ialah makanan sunnah seperti madu, minyak zaitun, habatus sauda, buah delima, kurma, kismis, susu kambing, minyak kelapa dara, buah kelapa (air dan isi).


Kurma

Kurma
Kurma adalah  makanan yang berasaskan sunnah ini kaya dengan zat dan vitamin yang tinggi bagi memberi tenaga yang optimum kepada ibu hamil. Ianya mampu melancarkan perjalanan darah dan kebaikkan kepada tumbesaran minda bayi dalam kandungan. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.


Madu

Madu
Madu pula boleh menambahkan tenaga untuk ketahan diri semasa mengandung. Mencegah dari berbagai penyakit seperti diabetes, hypertension, urinary tract infection (UTI), asthma, batuk selsema dan lain-lain.Bagi bayi dalam kandungan pula, kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin. Kulit yang bersih dan sihat, membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin. Madu juga dapat menghindarkan bayi daripada terkena Hepatitis B.


Minyak Zaitun

Minyak Zaitun
Minyak zaitun dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser dan sakit jantung. Ia juga merupakan sejenis antioksida dan digunakan sebagai produk kecantikan sejak berkurun lamanya. Dari Abi Asaid bin Tsabit bahawa Rasulullah bersabda, ” Makanlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak. Sungguh, ia berasal dari pokok yang diberkati.” (HR. At-Tirmidzi. Hadis hasan li ghairihi).


Minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara
Minyak kelapa dara, telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda!Pengambilan minyak kelapa dara pada peringkat awal kehamilan membantu mengurangkan ‘morning sickness’ atau alahan yang teruk. Minyak kelapa dara juga,  berupaya memperbaiki kandungan asid di dalam rahim dan mengimbangi paras hormon wanita yang sentiasa berubah-ubah.

Selain itu ia juga dapat mengurangkan sembelit/buasir kerana ia memperbaiki sistem penghadaman dan pencernaan.Boleh disapu pada perut, peha dan punggung untuk mengelakkan kesan regangan (strechmark). Lakukan ia secara rutin bermula pada pertengahan usia kehamilan. Sapu juga pada betis dan kaki bagi mengelakkan kekejangan dan rasa tegang. Minyak kelapa dara juga boleh disapu dan urut pada kawasan perineum supaya kawasan tersebut lembap dan lembut, juga diminum beberapa minggu sebelum melahirkan. Ia sebagai persediaan memudahkan proses bersalin serta mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (pramatang).


Buah Delima
Pati Buah Delima
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Bagi ibu mengandung ia amat sesuai kerana buah ini mengandungi jumlah potassium yang besar, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga pergerakan jantung agar tetap normal (especially bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
Pati buah delima ini, dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kerosakan otak disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah dalam darah. Ia juga merupakan salah satu sumber asid folik yang diperlukan kandungan.


Habbatus Sauda
Habbatus Sauda
Habbatus sauda, dikatakan sangat bagus untuk sistem imum badan, membekalkan tenaga kerana cirinya anti bakteria, anti virus, anti histamin, anti fungus, anti oksidan serta membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti alahan, asma, bronkitis, eczema dan batuk. Ia juga dikatakan  mampu memperbanyak air susu ibu. Selain itu, ia bagus untuk mengawal kolestorol dan kadar gula. Habbatussauda mengandungi omega 3, 6 dan 9 yang membantu pertumbuhan bayi. Ia mengandungi kalsium yang sememangnya amat diperlukan untuk wanita hamil dan mengandugi asid lemak tambahan yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi. Ia juga akan membantu pengeluaran susu ibu selepas kelahiran anak.


Kismis
Kismis
Kismis mempunyai pelbagai khasiat, antaranya mengurangkan keradangan, mencegah penyakit nyanyuk, melancarkan perjalanan darah dan membersihkan perut.


Susu kambing
Susu Kambing
Susu kambing mampu membantu masalah seperti asma, reumatik, demam kuning, insomnia dan menguatkan tulang. Khasiatnya dikatakan lebih baik daripada susu lembu dan hampir menyamai susu ibu.


Buah kelapa (air dan isi)
Buah kelapa (air & isi)
Menguatkan sistem pertahanan tubuh. Acid Lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanantubuh wanita hamil.

Mencegah daripada "Heartburn". Sifat air kelapa muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh, membantu membaiki simptom-simptom heartburn ke tahap yang lebih selesa kepada ibu hamil yang meminumnya. Selai n itu ianya mencegah kekejangan. Wanita yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem kaki. Amalam meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/krem pada kaki.



Set Shaklee lengkap untuk ibu mengandung / hamil

Selain mengamalkan beberapa makanan sunnah seperti di atas, saya juga mengamalkan makanan tambahan (supplement) Set Ibu Hamil Shaklee untuk membantu menambahkan dan melengkapkan khasiat yang diperlukan untuk ibu dan bayi dalam kandungan saya sepanjang tempoh kehamilan. Semenjak mengamalkannya saya rasa bertenaga dan tidak lesu lagi. Saya juga mampu untuk berpuasa di waktu hamil. Ianya juga sesuai untuk ibu hamil yang bekerja mencari rezeki mahupun ibu hamil yang menjadi suri rumah.
Lagi info berkenaan Set Shakelee Lengkap Untuk Ibu Mengandung / Hamil (KLIK SINI)

http://nutrisiuntukibu.blogspot.com/2015/04/set-shakele-lengkap-untuk-ibu.html
Set Shakelee lengkap untuk ibu mengandung / hamil


Di harap entry kali ini dapat memberi info dan membantu ibu-ibu untuk mendapatkan makanan tambahan yang sihat. Jumpa lagi. Assalamualaikum...

 


MENARIK DI BLOG SAYA:
- DIARI SITI RUQAIYAH 313
- NUTRISI UNTUK IBU

Sunday, April 19, 2015

Panduan Pemakanan Sihat Ibu Mengandung / Hamil

PANDUAN PEMAKANAN SIHAT IBU MENGANDUNG / HAMIL


Alhamdulillah pada petang yang indah ini (hujan), saya berkesempatan berkongsi sedikit tips dan panduan pemakanan untuk ibu mengandung supaya sihat dan ceria sepanjang tempoh kehamilan.

Semasa mengandung, kita bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan kita, tetapi yang lebih penting ialah apa yang kita makan. Kebiasaannya, wanita mengandung / hamil memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan cepat dan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.


Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung?

Pernahkah kita terfikir mengapa berat badan kita bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2 - 4 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan kandungan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair yang lain di dalam badan : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran uterus / rahim : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika kita mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.


Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang kita makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi. Pemakanan kita berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada kita mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika kita mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang kita berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Piramid Makanan

Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika kita sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh, salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
Piramid makanan

Bagaimana kita tahu bahawa pemakanan anda sihat semasa mengandung?

Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan diri kita dan bayi sihat.


Makanan tambahan (supplement) untuk ibu mengandung

Di waktu kini, oleh kerana kesibukan bekerja, menguruskan aktiviti harian, amalan masakan dan pemakanan menyebabkan sukar untuk kita mendapatkan makanan berkhasiat yang cukup setiap hari.

Oleh itu, untuk saya, selain mengamalkan makanan sunnah seperti kurma, madu, habbatus sauda, pati delima, dan susu kambing, saya juga mengamalkan makanan tambahan (supplement) Set Ibu Hamil Shaklee untuk membantu menambahkan dan melengkapkan khasiat yang diperlukan untuk ibu dan bayi dalam kndungan saya sepanjang tempoh kehamilan. Semenjak mengamalkannya saya rasa bertenaga dan tidak lesu lagi. Saya juga mampu untuk berpuasa di waktu hamil. Ianya juga sesuai untuk ibu hamil yang bekerja mencari rezeki mahupun ibu hamil yang menjadi suri rumah.


Di antara makanan sunnah Nabi S.A.W
Di harap tips yang saya share ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana yang mencari panduan pemakanan untuk ibu mengandung, untuk mendapatkan khasiat yang lengkap sepanjang tempoh kehamilan.


MENARIK UNTUK DI BACA:
1) [KLIK SINI] Makanan Sunnah dan Supplement Untuk Ibu Mengandung / Hamil

2) [KLIK SINI] Set Shakele Lengkap Untuk Ibu Mengandung / Hamil




MENARIK DI BLOG SAYA:
- DIARI SITI RUQAIYAH 313
- NUTRISI UNTUK IBU